Sup Daging

Sup Daging





Bahan-Bahan:-

500 gm tulang
500 gm Daging
1 batang kayu manis
6 biji cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
5 inci halia (diketuk)
3 batang daun serai (diketuk)
3 biji buah keras
secukup perasa
secukup garam
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
daun sup
daun bawang
mee kuning atau bihun

cara-cara:-

cuci tulang dan daging kemudian letak dalam periuk dan penuhkan air. Masukkan kayu manis, cengkih, buah pelaga, bunga lawang, serai, halia dan buah keras. Rebus dengan api pelahan selama 2 jam tambah air lagi sekiranya air berkurangan dan biarkan selama 2 jam lagi. Kemudian tambah lagi air biarkan selama 1 jam. Setelah itu letakkan garam dan perasa biarkan selama 1 jam.

Rebuskan mee kuning atau bihun dan tapiskan setelah lembut letak ketepi. Ambil bawang merah dan putih hiriskan dan kemudian gorengkan sehingga warna kekuning keemasan.  Daun sup dan daun bawang dihiris.

setelah selesai semua bolehlah sediakan sup bersama dengan mee atau bihun disertakan bawang goreng, daun sup serta daun bawang yang telah dihiriskan tadi.

Comments

Popular Posts