Coto Makasar simple dan lazat

RESEPI COTO MAKASAR

SAMBAL COTO MAKASAR:-

Bahan:-       5 labu bawang merah (dikisar)  
                    5 sudu makan cili padi (dikisar)
                    5 sudu makan kacang soya masin/taucu (dikisar)
                    minyak masak secukupnya                           

                    

cara penyediaannya:-

panaskan minyak masak kemudian masukkan bawang merah yang telah dikisar.  Setelah bawang tersebut sudah wangi masukkan taucu dan gaulkan dan biarkan 2 minit. Akhir sekali masukkan cili yang telah dikisar juga dan gaul hingga sebati. Masak sehingga keluar minyaknya.  Setelah itu bolehlah diangkat.


 COTO MAKASAR:-

Bahan-bahannya:-

Bahan A:
1/2 kg daging lembu
1/2 kg tuala perut lembu
1/2 kg urat lembu
1/4 kg hati lembu
1/4 kg paru
1/4 cawan beras

Bahan B1:
7 labu bawang merah 
4 ulas bawang putih
1 inchi halia
(kisar semua bahan B1)
Minyak masak secukupnya



Bahan B2:
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3-4 biji bunga cengkih

Bahan C:
1/2 kg kacang tanah (dikisar halus dan biasanya selepas goreng kacang saya terus kisar dengan air bersama 1 sudu teh serbuk kunyit)



cara penyediaan:-

- Rebuskan kesemua bahan A sehingga empuk kemudian toskan dan potongkan mengikut kesusuaian anda.  JANGAN BUANG AIR REBUSAN BAHAN A
- panaskan minyak kemudian masukkan semua bahan B1 dan B2. Tumis sehingga kelihatan       kekuningan dan bau wangi.  Setelah itu angkat dan kisarkan kesemuanya lagi bersama               kacang dan serbuk kunyit lagi
- Ambil air rebusan bahan A tadi dan masukkan kesemua bahan yang ditumis dan dikisar semula bersama kacang tadi kemudian masakkan sehingga didih.

Bahan penyediaan:-

Daun bawang
Daun sup
Bawang merah goreng garing
limau


p/s Bagi menyempurnakan masakkan anda pastikan anda campurkan gula sedikit atau boleh juga mengantikannya dengan MSG. (jika anda menggunakan gula jangan berlebihan sehingga terasa manis.  sekian mencuba............


Comments

Popular Posts