Ketam goreng telur masin

 Ketam goreng telur masin

 Masakan ini amat digemari di mana-mana restaurant seafood.  Makan ketam dengan membuka kulitnya dan kemudian sedut isinyaa sambil menikmati rasa kuning telur masin. Amboiii sedap bila rasa walaupun baru sekali sahaja mencuba resepi ini.



Bahann-bahan:-
  • 1 kg ketam segar -(buka kulitnya yang atas, bersihkan dan kemudian toskan sehingga kering)
  • 1 cawan tepung jagung atau tepung ubi
  • 2 biji telur ayam
  • 3 kuning telur masin (rebuskan sehingga masak dan kemudian ambil kuningnya dan hancurkan)
  • 2-3 ulas bawang putih dan
  • 5 chilli padi, cincang
  • 2 batang daun kari
  • 3 sudu butter tanpa garam
  • sedikit garam mengikut rasa
  • 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • secubit pati ayam
  • 1 1/2-2 sudu teh  gula
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. ketuk bagi pecah sedikit sepit ketam, potong kaki ketam yang tajam. bahagikan badannya kepada 2 bahagian. bersihkan dan keringkan dengan tuala tisu. (letak ketepi dalu)
  2. Mulai asingkan kuning telur masin yang telah direbus dan hancurkan (kuningnya sahaja) letakkan ketepi setela hancurkan.
  3. Seterusnya, pukul telur ayam kemudian letak pada ketam tadi. Setelah itu ambil ketam yang telah disalut dengan telur tadi dan salutkan pula dengan tepung jagung atau tepung ubi. Gorengkan sehingga garing. (setelah masak toskan minyaknya dan letak ke tepi dahulu)
  4. Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan bawang putih sehingga naik bau.  Setelah itu masukkan daun kari serta cili padi yang tela di cincang sehingga naik bau juga.  Apabila bau telah naik masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan tadi sehingga berbuih-buih.
  5. masukkan serbuk lada putih, gula, serbuk pati ayam dan boleh tambah sedikit garam kalau mahu mengikut selera.  Akhir sekali masukkan tadi ketam tadi yang digoreng ke dalam kuali dan gaulkan sehingga rata. Selesai saja bolehlah dihidangkan panas-panas

Comments

Popular Posts